Selamat mengerjakan umrah.
Salam untuk semua,
Musim umrah telah tiba. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar ini mengambil kesempatan mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Tidak ketinggalan juga 2 ahli kami iaitu En Yusmizar dan En Sabar yang telah berangkat ke tanah suci pada hari Rabu dan Khamis yang lalu.
Yusmizar bertolak dari Mirqab 2 ni selepas subuh pada 1 April 2009 (Rabu) bersama dengan keluarganya. Lebih manis lagi, Yus membawa ibunya dan juga ibu mertuanya bersama. Sabar pulak bertolak dari Mirqab 2 ni pada 2 April 2009 (Khamis) bersama-sama dengan keluarganya. Sabar akan transit di Riyadh sebelum meneruskan perjalanan ke tanah suci.
Kami di MM2C mengucapkan selamat menunaikan umrah. Semoga pemergian ke tanah suci ini lagi diberkati dan diredhai Allah. Balik nanti bolehlah berkongsi cerita dengan kami di sini. Ramai lagi yang planning nak pegi ke sana jugak. Kepada Yus dan Sabar, semoga selamat pergi dan balik. InsyaAllah....
0 comments:
Post a Comment