Kejohanan Ping Pong tertutup MM2C.
Salam to all,Kejohanan Ping Pong tertutup MM2C buat julung kalinya diadakan di gimnasium Al-Mirqab 2 Apartment dan disertai oleh beberapa jagoan yang telah mendaftarkan diri masing-masing.
Terima kasih buat penganjur kejohanan, Saudara Azmansyah a.k.a Man Toyo kerana berjaya menjadikan kejohanan ini satu realiti.
Alhamdulillah, dengan disertai oleh 14 jagoan, maka kejohanan ini telah pun membuka tirainya semalam dan mungkin habis pada bila2 masa sehingga selesai semuanya bertemu.
Terbahagi kepada 2 kumpulan dan setiap jagoan akan bermain secara round robin (liga). 2 jagoan di tempat teratas setiap kumpulan akan bermain pada perlawanan separuh akhir dan seterusnya. Berikut adalah nama pemain dan jadual yang telah disediakan oleh pihak penganjur:-
Group A.
- Azmansyah
- Razak
- Mat Don
- Batman
- Joes
- Jeff
- Sabar
- Hisham
- Zulkhairi
- Awie
- Man Remboe
- K-Lot
- Rudi
- Rizal
Setiap perlawanan akan dimaklumkan oleh penganjur dalam mail dan InsyaAllah akan diwar2kan di dalam blog ini juga. Jumpa kamu di sana!!! Wassalam.....
-MM2c moderator-
0 comments:
Post a Comment