Assalamualaikum,
Suka untuk saya kongsikan di sini tentang ceramah agama yang akan diadakan di Surau Al Haya pada Sabtu ini - 16 Januari 2010. InsyaAllah kalau ada kelapangan bolehlah ahli2 MM2C meramaikan lagi majlis ilmu yang diatur oleh komuniti jiran kita, komuniti Al-Haya.
Kepada kaum ibu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini, siaran langsung akan dipancarkan ke internet oleh AJK Al-Haya dan InsyaAllah semua boleh layari web Malaysiaqatar untuk menyaksikan ceramah secara 'live' di internet.
Pengumuman tentang majlis ceramah ini boleh di rujuk di bawah ataupun boleh dilayari di Web Malaysiaqatar. Sekian Terima kasih.
-Moderator MM2c-
0 comments:
Post a Comment